:: Nama ::
Mohd Kamil Bin Ab Halim
:: Aktivis ::
GPTD, IOA, PPIK
:: Status ::
Engineering Student in Korea
:: Asal ::
Bachok, Kelantan
:: Birthday ::
10 Ogos 1987
:: Email ::
jundu_may@yahoo.com
:: Phone Number ::
010-7557-5799




Buy text link



AWARD BY MAJALAH DARA






Terima kasih editor majalah Dara.com !
Syukur, Alhamdulillah.



GROUP JUNDUMAY


Google Groups
Subscribe to Group Jundumay
Enter Your Email:

Visit this group

177 Members Now !

DIARI HIDUPKU



|+| Program |+|


ARCHIVED ARTICLES



|+| Archives |+|



TITIPAN KASIH






FOLLOW ME





VISITORS



Topblogs @ iLuvislam


Ukhwah.com :: Top Blog


Pewaris.Net's Top Blogs







rss feed




Sunday, January 27, 2013

Biar Buta Mata, Jangan Buta Hati


Suatu hari seorang anak dan ayahnya sedang duduk berbincang-bincang ditepi sungai. Kata ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."

Perbualan tersebut didengari oleh seekor ikan kecil dari bawah permukaan air, lalu ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang dikatakan begitu penting dalam kehidupan ini.

Ikan kecil itu pun berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya.

"Hai, tahukah kamu dimana air itu? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati."

Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu berada, si ikan kecil mulai gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman.

Lantas ia mengajukan soalan yang serupa kepada ikan sepuh itu.

"Dimanakah air itu?"

Maka jawab ikan sepuh, "Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehinggakan kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati."

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil ini, mencari kesana kemari tentang erti kehidupan dan kebahagiaan, padahal mereka sedang menjalaninya.

Mereka diberikan oleh Allah mata tetapi tidak mahu melihat, mereka diberikan telinga tetapi tidak mahu mendengar, mereka diberikan hati tapi bak kata pepatah Melayu, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.

Mereka leka dan telah dilupakan oleh khayalan dunia yang sementara ini. Jauh sekali untuk bersyukur dengan apa yang sedia ada.


THE COLOR OF PARADISE


Click Here to Watch it !

Semalam saya sempat menonton filem The Color of Paradise. Pertama kali menontonnya, saya sebak. Duhai, ini sebuah filem yang terlalu hebat. Jauh lebih baik berbanding filem yang memenangi anugerah Oscar yang lain.

Filem ini dibuka dalam layar gelap, yang kedengaran hanyalah suara. Suara si guru yang meminta si murid mengenal pita kaset kepunyaan mereka masing-masing.

Adegan pembukaan filem ini mengajak kita memahami dunia gelap yang dialami oleh orang buta, Mohammad yang berlatar belakangkan kehidupan kanak-kanak yang murni dan hidup tanpa prasangka.

Bukan kesan melankolik mahupun luapan emosi yang melatari filem ini. Tetapi ianya didasari oleh dunia yang gelap dan penuh warna, keterasingan dan keakraban, juga kekecewaan dan kegembiraan dalam sebuah kehidupan.

Meskipun berdepan konflik dengan ayahnya, ekspresi ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Mohammad telah memberikan kekuatan tersendiri kepada filem ini.

Perasaan terasing, kecewa dan penderitaannya diluahkan dan ditangisi oleh Mohamad kepada tukang kayu yang juga buta yang lebih memahami perasaan insan senasib dengannya dalam adegan yang cukup menyayat hati.

Saya begitu terkesan apabila melihat telatahnya yang cuba merasa tiupan angin, menyentuh dedaun dan air, menghembus bebunga, malah menyentuh pipi neneknya serta adik-adiknya.

Matanya buta tetapi dia cuba melihat semua itu dengan sentuhan dan rasa.

Tanpa perlu pesanan moral yang begitu mengajar, filem ini secara sensitif dan bijaksana mengajak kita untuk berkongsi erti kehidupan yang sebenarnya. Sebenarnya, masih ramai lagi insan yang tidak senasib dengan kita.

Bersyukurlah.

Apabila memandang dunia, pandanglah ke bawah. Bukan ke atas !


ERTI SYUKUR


Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.

Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan ummatNya yang bersyukur."

Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.

Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Adakah kita seorang yang bersyukur?




Kamil to bazLa'
December 9, 2008   01:33 PM PST
 
Waalaikumussalam..

ooo yeke..setahu saya ia mengenai kisah tawaf Saidinina Umar dengan seorang lelaki.Lelaki itu dalam tawafnya menyebut,

“ Ya ALLAH, masukkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit”

Saidnina Umar yang sensitive, terasa apabila mendengar bicara lelaki itu, terus menyentap baju lelaki itu dan bertanya dengan tegas,

“ Apakah yang kamu katakan ini? Kenapa kamu meminta untuk berada di dalam golongan yang sedikit?”

Lelaki itu menjawab dengan ayat Al-Quran,

“ …dan sedikit dari hamba-hambaKu yang bersyukur”

sama-sama check semula...

bazLa'
December 9, 2008   12:21 AM PST
 
salaam..
yang saya baca, saidina umar yang baca doa tu... 'masukkan saya dalam kumpulan yang sedikit tu'... (silap baca ke? mmm..)
kamil to sahabat
December 3, 2008   04:53 PM PST
 
Ameen...
sahabat
December 3, 2008   03:06 AM PST
 
"...berDOAlah dgn berkata : Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku spy TETAP BERSYUKUR akn nikmatMU yg Engkau kurniakan kpdku dan kpd kedua ibu bapaku, dan spy aku tetap MENGERJAKAN AMAL SOLEH yg Engkau redhai..." (al-Ahqaf:15)
kamil to abe
November 30, 2008   02:19 PM PST
 
betul tu abe... bagus nasihat abe nih ^^ mata kita ni selalunya bersifat magnetik terhadap kesusahan...

Bagi kekayaan dan kesenangan, jarang sekali manusia berfikir jika suatu hari nikmat itu semua ditarik?

Mereka leka khayal selama-lamanya....
abe
November 30, 2008   02:16 PM PST
 
syukur
..
nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?
tiada siapa boleh jawab,..
kerana tiada jawapan.....
semuanaya dariNya
sedangkan nikmat mata kita yang Allah berikan jauh lagi besar dari amalan kita terhadapNya..apatah algi dengan nikmat bernafas dan sebagainya, nimat terbesar..Nikmat Islam...
syukur dalam konteks kita ialah apabila melihat orang lagi susah dari kita, kita bersyukur kita tak jadi seperti orang tu..
tapi kadang2 kita lupa syukur daris segi konteks lain, apabila mendapat nikmat kesenangan, kita kadang2 terlupa..itulan Insan...pelupa!
Kamil to debatersaina03
November 30, 2008   02:15 PM PST
 
ye nizam...happy sokmo ^^

setiap orang ada kelebihan masing-masing kan..so, bersyukur atas setiap kelebihan dan kekurangan itu kerana masih ramai lagi yang tidak senasib dengan kita =)
Kamil to p-yah
November 29, 2008   11:55 PM PST
 
Yer p-yah...part tu ambo tok berapo pehe sebenarnya..tu tak komen..

Lilin tu apa kaitan dengan pegangan diorg ek?

Apapun, ambil pengajaran hidup tu...yang baik sahaja ^^

(dialek kelate)
p-yah
November 29, 2008   11:53 PM PST
 
mmg movie yg best utk ditonton..tp tu la,terfikir2 culture dia duk psg lilin tu..huhu..
pepun,amik iktibar dr msg yg nk disampaikan..jazakallah recommend movie tu..hehe..

sama2 perbaiki diri di bulan zulhijjah ini..
Kamil to Umair
November 29, 2008   11:51 PM PST
 
InsyaAllah ^^
Kamil to deloq
November 29, 2008   09:23 PM PST
 
Waalaikumussalam..

ye ke..Alhamdulillah, terima kasih =)

ermm..sempena bulan yang mulia ini, marilah sama2 kita muhasabah diri dan melatih diri bersedekah...
deloq
November 29, 2008   09:04 PM PST
 
salaam.
satu lagi entry yg menarik (^_^) (sume entry best2lah)

sempena zulhijjah ni,mari same2 kita membantu org yg susah..meningkatkan kesyukuran kita atas sume nikmat yg Allah beri (^_^)

Kamil to eXlmidos
November 29, 2008   07:59 PM PST
 
Selamat datang eXlmidos...jemput datang selalu yer =)

Ye..dah nama manusia kan. Memang begitulah perangainya..dah terhantuk, baru terngadah ^^

Harap2 kita semua tak tergolong dalam golongan tu...
Kamil to Jhazkitaro
November 28, 2008   06:56 PM PST
 
Alhamdulillah sihat jer.. kamu? Harap sihat2 selalu =)

Yer, blog yang menarik. Teruskan menulis yer...

Menulislah untuk dunia !
Kamil to as
November 28, 2008   06:54 PM PST
 
ye.. syukur itu bukan sekadar di bibir. Tetapi ia mesti kelihatan pada perlakuan =)

JHaZKiTaRo
November 28, 2008   07:07 AM PST
 
salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba.. :)
as
November 28, 2008   12:46 AM PST
 
erti syukur..

bila dalam kesusahan, memandang orang lain yang lebey susah..

ni bg as ah

take care :)


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Blogdrive