:: Nama ::
Mohd Kamil Bin Ab Halim
:: Aktivis ::
GPTD, IOA, PPIK
:: Status ::
Engineering Student in Korea
:: Asal ::
Bachok, Kelantan
:: Birthday ::
10 Ogos 1987
:: Email ::
jundu_may@yahoo.com
:: Phone Number ::
010-7557-5799




Buy text link



AWARD BY MAJALAH DARA






Terima kasih editor majalah Dara.com !
Syukur, Alhamdulillah.



GROUP JUNDUMAY


Google Groups
Subscribe to Group Jundumay
Enter Your Email:

Visit this group

170 Members Now !

DIARI HIDUPKU



|+| Program |+|


ARCHIVED ARTICLES



|+| Archives |+|



TITIPAN KASIH






FOLLOW ME





VISITORS



Topblogs @ iLuvislam


Ukhwah.com :: Top Blog


Pewaris.Net's Top Blogs







rss feed



Monday, July 20, 2009

Israk Mikraj dan Neil Armstrong






Hari ini, bersamaan 20 Julai 2009, genaplah sudah 40 tahun Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan bersama Apollo 11. Meskipun masa sudah begitu lama berlalu, kesangsian terhadap peristiwa itu tidak pernah pudar.

Sebahagian besar masyarakat dunia percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sebaliknya, kedapatan juga beberapa penganalisis saintifik yang membenarkan peristiwa tersebut setelah melalui penelitian dan kajian yang begitu panjang.

Apapun, saya lebih suka mengambil pendekatan moderat dan sederhana dalam hal ini. Saya tidak berminat untuk mempertikai mahupun membenarkan peristiwa tersebut secara membuta tuli.

Biarlah segala hujah itu bersumberkan pengamatan yang tuntas, bukan sekadar bersifat retorik dan simentik emosi sahaja.

Pada kesempatan ini, saya tertarik untuk mengaitkan kisah kembara Neil Armstrong ini dengan kisah Israk Mikraj yang menjadi pegangan setiap Muslim.

Adakah anda benar-benar yakin dengan kisah Israk dan Mikraj?


KISAH ISRAK MIKRAJ




Israk Mikraj bukanlah misi yang digerakkan oleh NASA. Tetapi peristiwa ini merupakan satu perancangan hebat oleh Si Pencipta untuk mengajar manusia tentang rahsia langit yang tidak diketahui oleh akal fikiran manusia.

Kembara agung ini menjadi bukti betapa Allah berkuasa menjemput kekasihnya, Rasulullah saw menerusi perjalanan yang menakjubkan daripada Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha dalam satu malam sahaja.

Oleh itu, kita tidak seharusnya menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang bersifat statik sahaja, tanpa cuba berusaha untuk mengambil pelajaran daripada peristiwa tersebut.

Peristiwa Israk Mikraj banyak mengajar manusia untuk mempercayai alam ghaib dan qada qadar, perintah wajib mengerjakan solat dan juga mempercayai hari akhirat sebagai hari pembalasan yang pasti dilalui oleh semua makhluk.

Ada pelbagai iktibar tersurat dan tersirat yang boleh dijadikan pengajaran melalui peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.


KOREKSI DIRI




Terkadang saya terfikir, kalaulah ditakdirkan peristiwa Israk dan Mikraj itu berlaku pada zaman yang serba canggih ini, masih adakah manusia yang akan mempercayainya?

Hatta kemampuan roket Apollo 11 ke bulan pun disanggah hebat, apatah lagi jika dikatakan Rasulullah hanya menunggang Buraq ketika menuju ke Masjidil Aqsa.

Mungkinkan manusia dewasa ini akan mempercayainya?

Samada percaya ataupun tidak, jawapannya bukan hanya dibibir. Lain mulut lain pula di hati. Memang lidah tidak bertulang. Mulut bisa berkata ya kerana mulut sentiasa menipu.

Kalau hati boleh mengeluarkan kata-kata, kalau telinga dan hidung boleh berbicara, maka pasti kita boleh meneka sejauh mana kepercayaan kita terhadap peristiwa Israk dan Mikraj itu sendiri.

Pasti kita akan sedar betapa seksanya azab yang menimpa manusia yang engkar yang telah dipertontonkan oleh Allah kepada Rasulullah saw pada malam tersebut.

Dan pasti akhirnya kita akan berubah !

Ya, kita semua akan berubah ke arah kebaikan... InsyaAllah...


Jundumay


Thursday, July 16, 2009

Demi Sebuah Kematian




"Mil, Naja dah meninggal. Dia kemalangan", kata Mak.

Saya kelu seketika. Ingatan saya terus menerawang jauh membelah samudera kepiluan. Satu persatu kenangan manggamit tiba. Dialah rakan sepermainan ketika kecil dan membesar bersama-sama menjadi remaja.

Akhirnya, inilah episod akhir sebuah kenangan indah bersamanya. Dan segalanya kini hanya tinggal sejarah.

Kesedihan, kehilangan dan perpisahan ini pasti menyeksa jiwa. Namun, apa guna segala ratapan yang melampau apabila seseorang yang kita sayangi pergi selamanya?

Naja, semoga kamu berbahagia di sana.

InsyaAllah, satu hari nanti pasti akan tiba giliran saya pula...


BERSEDIA UNTUK TIDAK BERSEDIA




Dewasa ini, membelek dada akhbar boleh diibaratkan seperti membaca satu persatu data kematian. Mata anda tidak pernah lekang daripada menikmati sajian kematian.

Namun, dalam limpahan sajian itu, hanya sedikit sahaja coretan berita kematian disebabkan oleh sakit yang lama. Kebanyakannya disebabkan oleh kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Ramai antara kita yang menganggap mati itu hanya tiba apabila kita sakit atau kerana kita sudah tua.

Itu hanyalah mitos semata-mata.

Walhal secara realitinya sebahagian besar kematian berlaku ketika seseorang masih sihat dan muda. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya kerana alpa dengan dunia yang serba-serbi indah dan melekakan ini.

Akhirnya mereka lupa untuk menyediakan bekalan untuk hari pengadilan yang Maha Dahsyat itu.

Adakah anda juga termasuk dalam golongan tersebut?

Tepuk dada, tanya hati.

Jundumay


Previous Page Next Page


Blogdrive