:: Nama ::
Mohd Kamil Bin Ab Halim
:: Aktivis ::
GPTD, IOA, PPIK
:: Status ::
Engineering Student in Korea
:: Asal ::
Bachok, Kelantan
:: Birthday ::
10 Ogos 1987
:: Email ::
jundu_may@yahoo.com
:: Phone Number ::
010-7557-5799




Buy text link



AWARD BY MAJALAH DARA






Terima kasih editor majalah Dara.com !
Syukur, Alhamdulillah.



GROUP JUNDUMAY


Google Groups
Subscribe to Group Jundumay
Enter Your Email:

Visit this group

177 Members Now !

DIARI HIDUPKU



|+| Program |+|


ARCHIVED ARTICLES



|+| Archives |+|



TITIPAN KASIH






FOLLOW ME





VISITORS



Topblogs @ iLuvislam


Ukhwah.com :: Top Blog


Pewaris.Net's Top Blogs







rss feed




Tuesday, September 15, 2009

Pemergian Yang Ditangisi....


Begitu cepat masa berlalu. S
enja Ramadhan kian menyinsing meninggalkan kita semua. Apakah masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang, hanya Allah jualah yang mengetahuinya.

Perasaan sayu silih berganti mencengkam jiwa. Tersepit di antara dua persoalan hati. Kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Ramadhan dan juga keseronokan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Teringat saya akan perbualan antara mak dan adik ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun yang lalu.

" Mak, nak duit upah puasa. Esok dah nak raya ", bersungguh-sungguh adik meminta upah bagi keseluruhan puasanya.

" Kalau setakat nak duit, baik takyah puasa dik...tak ikhlas ", ejekan saya memecah kesunyian buat seketika.

" Yela...yela, nanti mak bagi. Ada sehari lagi kan puasa ", jawab mak sambil menghadiahkan seukir senyuman kepadanya.


Adik begitu bersemangat dikala tibanya 1 Syawal. Mungkin
matlamat utamanya berpuasa adalah untuk mendapatkan wang semata-mata. Biasalah, kanak-kanak katakan.

Itu karenah kanak-kanak, bagaimana pula karenah insan dewasa lain yang saya kira sudah mengerti kelebihan Ramadhan itu sendiri?

Adakah kita semua sama sahaja seperti kanak-kanak dalam hal memahami dan menghayati intisari yang tersirat di sebalik kedatangan Ramadhan?

Tepuk dada, tanya iman!


SAYONARA RAMADHAN

Tanpa disedari, Ramadhan telah pergi meninggalkan kita bersama-sama dengan satu lambaian penghormatan atas ketinggian nilai diri yang kita miliki setelah berakhirnya Ramadhan.

Tinggi kerana kita telah menundukkan nafsu, kita telah menghidupkan hati dan kita telah meringankan tubuh badan untuk beribadah sepanjang bulan ini.

Malah kita juga telah mengubah sikap kepada yang lebih baik, sesuai dengan ciri-ciri asal yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Ya, kita telah kembali kepada Fitrah iaitu kembali ke jalan Allah.

Maka sempena pemergian Ramdhan ini, cerminlah keadaan diri kita semua. Adakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar ataupun tidak?

Dan benarkah kita telah berjaya?



Seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejeken. Mengejek diri sendiri yang jelek, kerana menyarungkan pakaian sutera pada "tunggul manusia" yang tiada harganya.

Jika pemergiannya disambut dengan kegembiraan semata-mata kerana sudah tidak perlu berlapar dan dahaga, si Ramadhan pasti mendayu hiba. Ramadhan terus lenyap ditelan tiupan angin keseronokan dan kegembiraan di Hari Lebaran.

Maka, jadilah ramadhan ibarat "madu" yang tidak berteman.

Adakah kita semua sanggup memperlakukan sedemikian terhadap si Ramadhan?


Jika tidak, istiqamahlah dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan ketika Ramadhan, kerana itu sahajalah satu-satunya jalan untuk kita membuktikan kecintaan kita terhadap bulan Ramadhan.


MERAIKAN HARI KEMENANGAN KITA



Saban tahun apabila berlalunya Ramadan, kita akan meraikan Aidilfitri. Kita raikan ia dengan Takbir, Tasbih dan Tahmid. Hari ini dianggap sebagai
hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Tetapi pernahkah kita menghayati erti sebenar di sebalik kemenangan yang kita raikan itu?

Sebenarnya, yang kita raikan adalah hakikat diri kita sebagai seorang Muslim. Islam yang telah memuliakan kita, meletakkan harga diri kita yang tinggi dan Islam jugalah yang memelihara martabat kemanusiaan kita.

Kerana Islam, kita terpelihara daripada menjadi hamba kepada dunia dan harta benda. Kerana Islam juga, kita terselamat daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu.

Kita tidak pernah bersifat apologetik dengan prinsip Islam, bahkan kita sentiasa tegas dan berani memuliakan Islam, dan menyembah Allah di tengah-tengah dunia fitnah dan serba kontra.

Sedarlah bahawa hakikat yang ada pada hari ini adalah mimpi semalam, manakala mimpi hari ini bakal menjadi hakikat untuk keesokan harinya. Pihak yang lemah tidak akan lemah selamanya kerana yang kuat itu akan beransur-ansur menjadi tua dan uzur.

Setiap makhluk ada ajalnya dan setiap kezaliman ada kesudahannya !

Maka isikanlah keraian Aidilfitri kali ini dengan semangat juang yang tinggi. Selaras dengan kemenangan kita semua dalam memerangi hawa nafsu selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Di situlah kunci kejayaan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Yang Ikhlas,
Kamil Halim



Monday, September 14, 2009

Dimana kita? Realiti atau ilusi?


Katakan anda berada dalam sebuah bilik. Anda melihat sekeliling bilik itu. Anda nampak tingkap, pintu, sofa, meja, kerusi dan sebagainya. Apa yang anda nampak itu dirakam oleh mata dan digambarkan di dalam kotak fikiran anda yang bertempat di dalam otak.

Persoalannya sekarang ialah adakah anda berada di dalam bilik? atau bilik berada di dalam anda? Yang pastinya susah kita hendak memberi jawapannya. Atau kewujudan kita ini sebenarnya hanyalah satu ilusi... tetapi pastinya yang benar-benar wujud hanyalah Allah swt jua.

PAHIT ITU UBAT KEJAYAAN


Usai kelas Fizik tadi, tiba-tiba saya terfikir kenapalah perempuan depan saya tadi asyik sangat bermain dengan rambut. Sekejap ikat, sekejap tanggal, sekejap nampak macam Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan ucapan sekalung tahniah buat adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal atas kejayaannya yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada tahun ini.

Saya amat berbahagia sekali membaca kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ini, lebih-lebih lagi selepas mendengar dan melihat realiti hidupnya yang sebenar. Beliau adalah contoh yang baik untuk generasi muda kita.

Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal?

Anak Tan Sri? Cucu Datuk? Waris Ahli Parlimen? Sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri?

Tidak. Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu dan bapanya seorang Nelayan.

Ruang tamu yang sempit itulah yang menyalurkan inspirasi, titis hujan yang mengenai atap zink rumahnya pula sebagai muzik penenang jiwa dan alunan angin yang menghembus sebagai 'kipas' tatkala jasad dijamah bahang.

Namun, kemiskinan itu tidak menghalang kejayaannya. Apatah lagi, latar sekolah agamanya membuktikan bahawa agama bukanlah penghalang kemajuan wanita, bahkan agama adalah pemangkin kemajuan sejagat.


AYUH KITA BERUBAH



"A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up"

Seseorang yang mengimpikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Meskipun hidupnya serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit, tapi dia masih memiliki keinginan untuk berubah !

Ya, kita perlu berubah untuk berjaya. Bukan seperti gajah di atas, anda mesti set impian anda untuk berubah menuju kejayaan. 

Buat adik Nik Nur Madihah, semoga Allah menjadikannya wanita muslimah yang membuktikan keunggulan Islam. Mungkin ini langkah terbaik bagi kita mencorakkan seorang 'Protaz' atau ustazah yang terdiri daripada latar belakang bidang profesional.

Jika kini saya di Kelantan, insyaAllah saya turut datang ke rumahnya sendiri mengucapkan tahniah.

Apapun, saya sudah ucapkan tahniah melalui telefon sebentar tadi. Tahniah sekali lagi untuk adik Nik Nur Madihah.

Sibukkan diri memburu impian !

Yang ikhlas,
Jundumay



Previous Page Next Page


Blogdrive