Entry: Ibu Melahirkan Raja Thursday, September 27, 2012



Ibu Melahirkan Seorang "Raja"


Sudah beberapa hari ia pergi. Terasa baru sebentar bersama. Teringat ketika pertama kali menemuinya di tengah-tengah jalan. Terkapai-kapai lemas di daratan. Burung ini tidaklah sesempurna mana. Kakinya tempang dan sayapnya pula patah.

Ketika membawanya pulang ke rumah, ia 'menangis' sambil mematuk-matuk tangan saya. Di atas sana kelihatan ibunya yang sedang mengiringi pergerakan saya. Saya memahami perasaan si ibu ketika itu.

Tidak sama sekali saya mahu memisahkan antara mereka berdua. Namun, apakan daya...

Hari berganti senja, tiada apa yang mampu saya lakukan untuk membolehkannya terbang. Hanya sekadar menyempurnakan rukun hidupnya untuk ia terus hidup.

Suatu pagi, burung tersebut tiada di dalam sangkarnya. Saya ke halaman rumah mengintai di celah-celah dedaunan. Ternyata saya menjumpainya dalam keadaan yang sangat menyanyat hati. Sayapnya berlumuran darah, mungkin disebabkan terlalu banyak bergerak.

Yang peliknya, kelihatan kelibat dua ekor burung lain sedang bertenggek berhampirannya. Barulah saya sedar, rupa-rupanya ia keluar untuk berjumpa dengan ibu dan ayahnya.

Sungguh utuh ikatan kasih sayang antara mereka, sesegar darah merah yang mengalir di sayapnya !


 

AIR MATA KERINDUAN

" Syamim. Apsal budak tu menangis ek? ", saya memohon kepastian darinya.

" Entah. Aku rasa dia cari mak dia la ", ringkas sahaja jawapannya.

" Ermm. Aku rasa camtu gak. Mana mak dia ek? Tak sayang anak ke? ", saya bermonolog sendirian.


" Kita tunggu jer la kat sini. Tak sedap hati ni ", pelawaanku disambut dengan senyuman oleh Syamim.

Kanak-kanak itu terus menyusun langkah longlai. Bergenang air mata jernih di kelopak matanya. Mulut comelnya meraung memanggil ibunya. Kami masih teragak-agak untuk bertindak, sekadar memerhatikannya dari jauh.

Selang beberapa minit, kelihatan sebuah kereta berhenti di birai jalan dan mengambil kanak-kanak tersebut. Kami bertambah kaget melihatnya.

" Siapa? Apa hubungannya dengan kanak-kanak itu? Atau penculik ! ", bermacam-macam persoalan menerjah fikiran.

Belum pun sempat kereta bergerak, tiba-tiba muncul pula seorang perempuan mengetuk cermin tingkap kereta tersebut dan mengambil kanak-kanak itu. Kini, barulah saya faham kisah yang sebenarnya. Alhamdulillah.

Berulang kali ibu mencium pipi anaknya, seperti sudah bertahun-tahun berpisah. Ketika melihat dakapan sayu antara mak dan anaknya itu,
fikiran saya mula menerawang jauh.

" Apa khabar bonda di sana? "


SAYANG MAK, SAYANG AYAH


Selang beberapa jam selepas itu, peristiwa tersebut kembali mencengkam fikiran. Memori lampau kembali menggamit hiba. Saya menginsafi ketelanjuran kata yang pernah saya lakukan terhadap seorang ibu, meskipun hanya di dalam hati.

Mungkin tempias nafsu amarah yang membuak-buak, ditambah diri yang punyai ego tersendiri, tanpa disedari sebenarnya kita telah banyak melukakan hati ibu dan ayah. Tetapi hanya disebabkan mereka itu ibu, kita dimaafkan.

Kita sering melihat gambar-gambar dan cerita bagaimana pengorbanan besar yang dimainkan oleh setiap ibubapa demi kebaikan dan kesenangan anaknya di dunia dan akhirat.

Namun itu adalah satu perkara biasa dan sudah tentu menjadi lumrah hidup !


Ada suatu perkara lagi yang kita sering abaikan iaitu pengorbanan anak-anak terhadap ibubapanya.

Kita selalu mendambakan pengorbanan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu dan ayah. Tetapi sudah cukupkah pengorbanan yang telah kita lakukan ke atas mereka?

Saya tidak memerlukan jawapan bagi kesemua persoalan di atas. Saya cuma mahu mengajak sahabat-sahabat semua supaya berfikir dan mengilhamkan sebuah kesedaran yang lebih kreatif untuk diri sendiri.

Ibu umpama lilin yang membakar diri. Dalam hidup saya, ibubapa umpama permata. Jika mereka hendakkan bulan, saya akan tembak bulan itu. Meskipun saya sedar, saya tidak akan berjaya.

Jika mereka mahukan kasih sayang, saya akan berikan kasih sayang itu. Meskipun saya sedar, kasih sayang yang saya berikan hanyalah setitik daripada selautan kasih sayang mereka !

Sudahkah kita membalas segala jasa mereka sementara mereka masih hidup?

Jika ibu melahirkan seorang raja, adakah raja itu anda?

Fikir-fikir dan renungkanlah...

   16 comments

hyda
July 22, 2009   10:21 PM PDT
 
رضى الله في رضى الوالدين

nth betol ke x ejaan dy..lama xmenulis arab..
tp ape pon xpa redha dr ibu bapa xkn dpt redha dr ALLAH taala
neem
June 17, 2009   03:15 AM PDT
 
rindu mama, papa
yourshop.cc
December 4, 2008   06:16 PM PST
 
http://www.watchesforsale.us
Kamil
October 6, 2008   05:17 PM PDT
 
Waalaikumussalam Raudhah...

InsyaAllah..raya2 ni, teringat kat mak ayah di kampung =)
warkahraudhah
October 6, 2008   02:26 AM PDT
 
jazakallah,mil.semoga ingatan pada mak dan ayoh di kampung,dapat mendekatkan lagi diri kita pada Nya.Jua buat motivasi untuk kita lebih cemerlang di masa yang akan datang.
Kamil
September 26, 2008   03:13 PM PDT
 
Ameen..

Selamat menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan sebaik mungkin...
Ibnu Alwi
September 26, 2008   09:13 AM PDT
 
Salam Ramadhan.

Ibubapa permata kehidupan. Ayuh kita membalas jasa2 mereka sebelum terlambat.

Robbigh firli waliwaalidayya warhamkuma kama robbayaana soghiiro.
Kamil
September 24, 2008   01:36 PM PDT
 
Betul tu Sahabat...tidak mungkin dilupakan segala jasa mereka..

Kenangan apa tu? macam menarik jer =)
sahabat
September 24, 2008   02:44 AM PDT
 
salam...seorang ibu pasti xkan melupakan saat sakit, jerit perih waktu melahirkan anaknya...sungguh besar pengorbanan ibu...so, as anak kita perlu ingat segala pengorbanan mereka,dr saat terbukanya mata kita menjengah dunia ni sehingga kita menutup mata kembali kpd al-Khalid... ---kenangan yg xmugkin sy lupakan ktk pg labour room mlm 10 Ramadhan yg lalu :)---
Kamil
September 23, 2008   09:36 PM PDT
 
Betul tu Mollek, kasih ibu tiada sempadannya...

Kadang2 terharu tengok seorang ibu kepada penagih dadah kat kampung saya. Walaupun anak dia dah beberapa kali terajang dia, tapi dia masih sanggup hidup bersama sbb nak jaga anaknya.

Sampai begitu sekali kasihnya seorang ibu terhadap anaknya !

Anak? ermm..entahlah, anak2 sekarang... 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu..sedih 3x
mollek
September 23, 2008   01:59 AM PDT
 
ibu aku selalu kata, tiada sesiapa yang dapat tanding kasih sayang ibu pada anak2nya..

memang itu benar... kasih ibu itu tulus sekali
ridzal
September 22, 2008   07:50 PM PDT
 
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~
sajakbuatibu
September 22, 2008   07:48 PM PDT
 
Ibu ..
Bagimana keadaanmu ibu?
Semoga Allah SWT selalu menjaga dan membimbingmu
Dalam setiap derap langkah hidupmu

Ibu ..
Mungkin engkau tidak tau kalau hari ini adalah hari spesial untukmu
Bagimu tanggal 22 desember atau bukan tidak ada bedanya
Setiap hari dan setiap saat adalah masa perjuangan
Kasih sayangmu tidak terbatas waktu dan tempat

Ibu ..
Kasih sayangmu membuat kami berarti
Cinta kasihmu membuat kami peduli
Perjuanganmu membuat kami mandiri
dan Ketulusanmu membuat kami mengerti

Ibu ..
Maafkan anakmu yang belom banyak berbakti padamu
Bahkan untuk mengingatmupun sering kami alpa
Urusan dunia itu demikian menyita waktu, pikiran dan tenaga
Hingga lupa bahwa tugas 'birrul walidain' baru dijalankan tak seberapa

Ibu ..
Kami tau, Segala kebaikan kami padamu tidak sebanding dengan cinta kasihmu pada kami
Kasih sayang dan Cinta kasihmu tidak akan tergantikan
Perjuangan & Ketulusanmu tidak mungkin terbalaskan

Ibu ..
Dalam usiamu yang semakin senja ini ijinkan kami kembali meminta
Restui perjuangan anakmu dalam menggapai cita
Membina diri dan keluarga dalam Iman dan Islam
Demi cinta dan ridho-Nya

Ibu ..
Di harimu ini ijinkan anakmu berucap
"Kami mincaimu ibu ...
Semoga kasih sayang Allah terlimpah atasmu
dan ampunan atas segala kesalahan-kelahanmu"
Amin ...
Kamil
September 21, 2008   04:25 PM PDT
 
Tak terbanding dengan segala jenis perbandingan. Itulah jasa ibubapa kita semua. ( nak raya dah ni..hehe )
zahidah
September 19, 2008   04:31 PM PDT
 
^^ terharu..betul tu..sejauh mana kita dapat balas jasa mereka. kalau kita spend seumur hidup untuk mereka pun, belum tentu dapat balas jasa mereka...
Raudhah
September 18, 2008   11:43 PM PDT
 
Aku sayang ibuku. bapaku. dan semua ahli keluargaku.

I LOVE YOU ALL

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments